Monday 24 October 2016

Lakukan 5 Perkara Ini Kalau Mahu Bayi Membesar Dengan Bijak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Si kecil anda sudah mula menunjukkan perkembangan baru seperti mengiring, meniarap, bergolek, menggunakan tangan dan sebagainya..ahh itu tandanya bayi anda sedang membesar.

Perhatikan proses pembelajaran semula jadi bayi sambil anda merangsangnya agar dia lebih cepat menguasai kemahiran tersebut.

Biasanya dalam tempoh 6 bulan pertama kita akan dapat melihat bayi kita menjadi seorang yang berpersonaliti yang baru contohnya seperti senyuman dan agahan yang mengejutkan.

Dalam seronok melihat tumbesaran bayi yang sangat pantas jangan abaikan rangsangan kepada mereka. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melihat si manja terus membesar dan belajar dengan sihat dan sempurna.

1.  Apabila dia terjaga, luangkan masa untuk bercakap dan senyum kepadanya dan bertindak balas terhadap mimik muka yang dibuat.



2. Dorongan yang banyak dalam bentuk objek yang dilihat, bunyi yang didengar dan tekstur yang disentuh amat penting membantu perkembangan sihatnya. Anda tidak memerlukan alat permainan bayi yang  mahal untuk proses pembelajaran si manja.



3. Anda boleh mencuba cara rangsangan ini ketika usia bayi sekitar enam minggu. Biarkan bayi duduk di dalam buaian enjut (rocker) dia atas lantai. Tunjukkan objek berwarna yang mengeluarkan bunyi, dia akan menunjukkan minat dengan cara menggeliang-geliut dan menendang-nendang kaki dan tangan.


4. Dia mungkin dapat memegang sesuatu yang ringan jika anda meletakkan di dalam tangannya. Selepas beberapa minggu jangan terkejut apabila si kecil mampu menghulurkan tangannya dengan sedikit kekok untuk menggenggam objek yang disasarkan.



5. Sesekali dukung bayi anda dengan posisi wajahnya menghadap ke hadapan. Bawanya keluar rumah. Ceritakan kepadanya tentang sebarang objek yang ada di hadapannya. Biarkan si kecil meneroka dunia yang luas dan memerhatikan banyak objek. Dia belajar banyak perkara tentang alam dan indahnya dunia ciptaan Tuhan.



Paling penting sekali, luangkan banyak masa untuk berbual dan bermain dengan si manja. Ia adalah pembelajaran terbaik daripada ibu dan ayah.

Sampai sini dulu artikel saya kali ini ye..:)

Wasalam

No comments:

Post a Comment