Wednesday 26 October 2016

7 Sebab Anak Menangis Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Bagi yang baru bergelar ibu bapa masih belum tahu sangat tentang bab penjagaan bayi ini. Kadang -kadang bila dengar anak anda menangis mesti akan terus gelabah kan, macam-macam yang terfikir sakit ke? lapar ke? dan kadang-kadang tu cepat-cepat trus call mak..hehehe.
Kalau anda nak tahu, menangis adalah cara bayi anda untuk berkomunikasi dengan anda. Ia merupakan cara mereka meluahkan perasaan, jadi penting anda faham cara tangisannya.

Jadi kali ni saya nak kongsikan sebab anak suka menangis..yang penting perhatikan perubahan anak anda. Jika tangisan tu lama, refer lah pada doktor ye.
Sebab 1. Saya Lapar
Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar dan dahaga. Biasanya bayi akan menangis berulang-ulang menandakan ia lapar. 
Cara mengatasi :  Pastikan bayi anda mendapat susu yang secukupnya.
Sebab 2. Saya Basah
Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Rajin-rajinlah periksa lampin bayi dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Tangisan bayi biasanya perlahan pada mulanya, dan semakin kuat agar mendapat perhatian ibu dan ayah. Bayi akan mengeliat tanda tidak selesa.
Cara Mengatasi : Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.
Sebab 3. Faktor Persekitaran
Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising boleh menyebabkan bayi menangis kerana mereka perlukan ketenangan. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk juga boleh mengganggu keselesaan bayi.
Cara Mengatasi : Sediakan satu bilik yang selesa bagi bayi. Kadang-kadang bayi juga perlukan persekitaran yang sunyi dan membuatkan mereka selesa.
Sebab 4. Jatuh
Ada sesetengah ibubapa yang gemar menidurkan bayi di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika ibu dan ayah sedang tidur. Bayi boleh terjatuh dari buaian dan menangis. Bayi yang tidur lasak memang mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika bayi dibiarkan tidur sendirian.
Cara Mengatasi : Jangan biasakan bayi anda tidur di dalam buaian ketika anda juga hendak tidur. Takut-takut anda tidak mendengar tangisan mereka. Bawalah mereka tidur di sebelah anda.
bayi jatuh dan menangis
Sebab 5. Perut Rasa Tak Selesa
Masalah kembung perut ni juga dikenali sebagai kolik iaitu menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. Semua bayi akan menangis jika ia merasa sakit atau tak selesa. Tangisan bayi yang sakit perut ialah bernada tinggi , hampir seperti jeritan, mereka akan termengah-mengah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi.
Cara Mengatasi : Urut bahagian perut dengan lembut dengan menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuh bayi.
Sebab 6. Saya Nak Bermain
Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau cepat rasa bosan dengan satu aktiviti sahaja. Tangisan mereka untuk menarik perhatian ibu dan ayah si kecil. Bayi senang bergaul dan sentiasa ingin ibu dan ayah di sisi mereka. Tangisan mereka terdengar seperti menyedihkan dan seakan-akan marah.
Cara Mengatasi : Luangkan masa bersama bayi anda sehingga mereka tenang. Mempelbagaikan aktiviti seperti menyanyi atau dibawa bersiar-siar.
Sebab 7. Saya Penat
Bayi akan menangis jika merasa penat . Bayi akan merengek sambil kepala terangguk-angguk dan melihat anda.
Cara Mengatasi : Dukung bayi anda sehingga dia terlelap di lengan dan barulah di letak di katil tidurnya.
Jadi ini lah antara sebab kenapa bayi anda sering menangis..hehehe..
Sampai sini dulu artikel saya kali ini ye.Harap artikel ini bermanfaat untuk puan-puan.
Wasalam.

No comments:

Post a Comment