Wednesday 16 November 2016

3 Petua Mudah Untuk Kempiskan Perut

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap wanita pasti mengimpikan untuk memiliki perut yang kempis. Namun bila kita kurang bersenam atau suka melewatkan waktu makan malam, pasti akan memberi kesan pada perut. 

Kebiasaannya lemak paling cepat berkumpul di bahagian perut dan akan menyebabkan perut kelihatan agak buncit.

Tetapi jangan fikir wanita yang berbadan gempal sahaja ada masalah perut tidak langsing, sebaliknya ramai juga wanita yang kurus mempunyai masalah perut buncit.

Setiap masalah pasti ada cara untuk mengatasinya, begitu juga dengan masalah perut buncit. Di bawah ini saya nak kongsikan beberapa Petua Mudah Untuk Kempiskan Perut.

1) Limau Nipis 
Ambil sebiji limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam mangkuk. Tambah sedikit kapur sirih kedalam jus limau nipis. Sapukan ke bahagian perut. Kemudian ambil sehelai bengkung dan balut perut. Amalkan setiap malam sebelum tidur.




2) Asam Jawa 
Bancuh segelas air asam jawa. Biarkan semalaman. Bila bangun keesokan pagi, minum air asam jawa tersebut. Amalkan sehingga perut kembali langsing.




3) Daun Lidah Buaya
Didihkan daun lidah buaya dan air asam jawa di atas api sehingga pekat. Selepas itu tutup api dan biarkan campuran itu sejuk sendiri. Setelah itu lumurkan campuran tersebut ke perut.




Mudah-mudahan tiga petua mudah ini dapat membantu puan-puan untuk mendapatkan perut yang langsing. Selain itu puan-puan boleh juga amalkan meminum air detox.

Namun senaman perlu diteruskan. Jika ada masalah perut buncit, lebihkan senaman untuk bahagian perut contohnya buat sit up. 

Selain itu amalkan pemakanan yang sihat, kurangkan makanan berminyak, minuman berkarbonat dan awalkan waktu makan malam.

Selamat mencuba.

Tuesday 15 November 2016

Amalkan 5 Tips Ini Untuk Kuruskan Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai yang mengadu pada saya dah diet pun tak kurus-kurus..hehe.

Saya pun sama juga, kadang-kadang tu sampai tak makan sebab nak turunkan berat badan tapi hasilnya tak memberangsangkan pun.

Untuk menurunkan berat badan memang kena kawal pemakanan dan perlu rajin bersenam namun kalau cara berdiet yang diamalkan itu salah, memang sukar la nak turunkan berat badan.

Jadi saya pun buat research, rupanya salah cara tu. Jadi kali ni saya nak sharekan 5 tips yang boleh di amalkan untuk kuruskan badan ye.

Jika ada antara anda yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan tetapi menghadapi kesukaran, 

Apa kata anda cuba amalkan 5 tips ini untuk kuruskan badan.

1) Amalkan Minum 8 Gelas Air Suam Setiap Hari 

Amalan meminum air dengan kuantiti yang lebih dari biasa boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Setiap kali sebelum mengambil makanan yang berat, amalkan minum segelas air terlebih dahulu supaya anda akan cepat kenyang dan tidak akan makan banyak. 



2) Kerap Minum Air Limau/Lemon 

Anda juga boleh amalkan minum air masam seperti air limau, lemon dan oren dapat menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Seeloknya minum segelas air limau (kurangkan gula) setiap kali selepas anda makan makanan yang berlemak atau berminyak.



3) Hentikan Pengambilan Minuman Bergas (Minuman Berkarbonat) 

Minuman berkarbonat sangat tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis tetapi juga mengakibatkan peningkatan berat badan.



4) Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Seharian 

Jika ingin menurunkan berat badan, perkara pertama yang perlu dikurangkan adalah pengambilan karbohidrat dan gula. Sebaliknya lebihkan pengambilan protein. Silap orang yang berdiet selalunya adalah menahan lapar. Bila dah tak tahan lapar, semua jenis makanan yang ada di depan mata, akan dimakan tanpa memikirkan soal kalori lagi.



5) Lebihkan Pengambilan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

Bila nak kurangkan berat badan, kena lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya sayur hijau. Bila waktu makan, kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.



Mudah-mudahan 5 amalan pemakanan yang sihat yang dikongsikan di atas ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal. 

Apa yang penting ialah anda perlu konsisten mengamalkannya.

Wasalam.

Thursday 10 November 2016

Pilih Mainan Yang Selamat Untuk Anak Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nak pilih mainan untuk anak anda memang kena teliti sikit, sebab kita tak tahu samada mainan itu selamat atau pun tak.

Antara tips yang diberikan untuk memilih permainan yang selamat terutama bagi bayi dan kanak-kanak dibawah umur 3 tahun ialah :

  • Pastikan mainan yang dibeli tidak mudah tanggal dan patah terutama dari kesan hentakan dan tarikan. Periksa bahagian mainan seperti hidung, mata (bagi anak patung atau teddy bear) dan bahagian yang bercantum dilekatkan dengan kuat dan tidak mudah tanggal.
  • Elakkan dari memberikan bayi mainan yang bertali. Anda boleh bayangkan sendiri kalau tali tu terbelit kat leher atau tangan bayi…hhhmmm…
  • Elakkan dari membeli mainan yang dibuat dari plastik yang nipis kerana ia mudah patah dan pecah. Biasanya mainan macam ni bila dah patah, bahagian yang patah tu tajam dan boleh melukakan bayi.
    • Jika anda membeli mainan yang boleh dipicit atau ditekan untuk mengeluarkan bunyi, pastikan ia lebih besar dari mulut bayi anda. Almaklumlah budak-budak suka masukkan barang dalam mulut. Kalau mainan tu besar payah lah dia nak sumbat dalam mulut.
      • Akhir sekali, jangan biarkan bayi bermain sendirian. Pastikan ada orang dewasa disisi bayi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.

      Wasalam

      Wednesday 9 November 2016

      Cara Bedung Bayi Dengan Betul

      Assalamualaikum dan salam sejahtera,

      Semasa di dalam rahim ibu, bayi sentiasa berasa selesa dan selamat. Mereka sentiasa rasa seperti dipeluk. Apabila mereka lahir, berlaku perubahan suasana sekeliling. Oleh itu, membedung bayi adalah bertujuan untuk mengelakkan bayi berasa terkejut dengan perubahan sekelilingnya.

      Membedung ialah kaedah zaman dahulu di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya merasa selamat dan terjaga.



      Membedung bayi boleh mengelakkannya daripada dia terganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri. Anda mungkin pernah nampak bayi anda tersentak-sentak kecil ketika dia tidur. Sentakan badan ini adalah refleks sentakan (kejutan hipnagogik) dan ia adalah normal. 

      Bedung juga boleh membantu menenangkan bayi untuk tidur dan mengekalkan suhu badan bayi. Pastikan muka dan kepalanya tidak tertutup supaya dia boleh bernafas dengan mudah dan tidak terlalu panas. 

      Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi. 

      Beginilah cara membedung bayi. 

      Langkah 1 
      Letakkan sehelai kain benang kapas atas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.



      Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.Tarik sudut terdekat dengan tangan kirinya, sambil menutupi badannya. 

      Langkah 2

      Masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.




      Langkah 3
      Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya. 




      Langkah 4
      Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di  sebelah kiri.
      Sesetengah bayi lebih suka tangannya bebas bergerak. Dalam keadaan ini, anda boleh membedung bayi di bawah ketiaknya.


      Anda boleh membedung bayi anda sehingga dia berusia satu bulan. Selepas usia ini, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya. 

      Apabila bayi anda mula menendang selimutnya, ini adalah tanda bahawa dia sudah tidak suka dibungkus dengan kemas!

      Selamat berbedung bayi.

      Wasalam

      kredit gambar dari cara membedung bayi

      Doktor Yang Rekomen Untuk Pakai Bengkung Selepas Pembedahan

      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
      Hari ini saya nak kongsikan testimoni daripada Puan Eizan tentang bengkung moden.
      Katanya “Saya memang pakai seawal 6 jam selepas czer. Doc yang rekomen dan sangat membantu..bila pakai, perut akan diangkat ke atas. So, luka tak tertutup sangat sebab luka czer perlu selalu dianginkan. Saya pakai setiap masa hingga luka sembuh. Buka time basuh je..kalau tak pakai, perut rasa melondeh dan akan bagi tekanan pada luka menyebabkan rasa sakit untuk bergerak. Memang very recommended! Insyallah

      Alhamdulillah Puan Eizan berpuas hati dengan bengkung kami.  Terima kasih Puan Eizan sebab sudi kongsikan feedback dengan kami. kami sangat hargainya.
      ‘Biar Pelanggan Kami yang Bercerita Tentang Keselesaan Bengkung Moden’
      Wasalam


      Monday 7 November 2016

      Penyusuan Di Waktu Malam Boleh Meningkatkan Susu Badan

      Assalamualaikum dan salam sejahtera,


      Tahukah anda penyusuan di waktu malam boleh meningkatkan susu badan. Ini kerana hormon prolaktin adalah salah satu hormon yang membantu menghasilkan susu

      Jika ibu-ibu melakukan penyusuan di waktu malam ia boleh merangsang hormon tersebut kerana anda dan bayi lebih relaks dan boleh menyusu dengan lebih lama.



      Penyusuan waktu malam juga akan membantu ibu menyusu untuk mudah tidur Perasan tak kalau ibu menyusu, memang akan kerap tertidur bersama-sama bayi. Itupun tak lama sebenarnya. Orang cakap macam terlelap sekejap gitu. Hehe.

      Tapi waktu malam, ia meransang untuk ibu dapat tidur berkualiti sebenarnya. Walaupun anda akan kerap terbangun untuk menyusukan bayi.
      Okay sampai sini dulu perkongsian artikel dari saya.
      Wasalam

      16 Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

      Susu ibu adalah makanan terawal dan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh susu ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi.
      Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini.

      Proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu. Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu.
      Di sini saya senaraikan beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh para ibu untuk menambah susu badan.
      1. Beri bayi anda susu dengan kerap
      2. Penyusuan dengan kedua-dua payudara.
      3. Pastikan bayi anda menyusu dengan cukup lama.
      4. Jangan ikut jadual penyusuan. Ikut isyarat bayi anda jika mereka dah lapar.
      5. Kerap susukan bayi anda pada waktu malam sebab penyusuan pada waktu malam akan menghasilkan lebih banyak susu.
      6. Gunakan pam payudara sama ada pam letrik atau manual selepas susukan bayi anda untuk pastikan yang payudara anda betul-betul kosong.
      7. Teknik urutan payudara yang betul dapat membantu untuk melancarkan pengaliran susu.
      8. Pastikan anda mengawal stress dengan baik kerana stress akan menganggu pengeluaran susu anda
      9. Elakkan tidur meniarap supaya payudara anda tidak mengalami sebarang tekanan yang boleh menganggu pengeluaran susu anda
      10. Elakkan menggunakan puting tiruan
      11. Elakkan mengambil pil perancang ketika menyusukan bayi anda
      12. Jangan merokok semasa hamil
      13. Minum air banyak terutama sebelum penyusuan
      14. Cuba elakkan minuman yang mengandungi kafein
      15. Makan diet yang sihat dengan protein yang banyak
      16. Berbincang dengan doktor anda tentang prekripsi atau pengambilan supplement untuk meningkat penghasilan susu ibu
      Harap tips-tips ini akan dapat membantu puan-puan semua ye.
      Wasalam.

      Dapatkan 11 Tips Luka Pembedahan Sembuh

      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

      Melahirkan anak secara pembedahan (Ceaserean) memerlukan kita menjaga luka tersebut dengan lebih rapi lagi..memandangkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka episitomi, penjagaannya juga agak berbeza kerana lukanya di perut dan bukan di vagina. Oleh itu, saya  nak share kan sedikit tips-tips yang boleh puan-puan ambil  untuk mempercepatkan luka pembedahan puan cepat sembuh, moga ianya boleh dimanfaatkan ye…
      Antara tips-tips berikut adalah:
      1. Membuat pergerakan diawal pembedahan
      Mungkin ramai ibu-ibu yang tak berani nak bergerak selepas pembedahan yang besar, alasannya kerana takut benang jahitan akan terbuka tapi kalau kita membuat sebarang pergerakan ia akan mengurangkan risiko darah beku dan fenomena jahitan terbuka ini memang jarang sangat nak berlaku..tapi bila nak bergerak tu mintalah bantuan ahli keluarga atau jururawat ye terutama pada beberapa hari selepas pembedahan
      2. Makan makanan berzat dan seimbang
      Selepas pembedahan, kita akan kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin jadi di sarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.
      3. Minum air secukupnya
      Seperti yang kita tahu air adalah agen pembuang toksin dalam badan namun ada juga mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang, nak percaya atau pun tak saya pun tak pasti tapi dah namanya pun mitos kan. Kita disarankan untuk meminum air yang secukupnya selepas kelahiran adalah untuk mengatasi masalah kekurangan air, kerana jika kita kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Jadi minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
      4. Berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional
      Pengambilan herba-herba dan ubat tradisional ni memang popular di kalangan kita terutamanya dalam masyarakat melayu tapi tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
      Jadi nasihat saya sebelum nak ambil apa-apa ubat tu, mintalah nasihat orang yang berpengalaman dalam bidang ubatan tradisional dulu ye.
      5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

      Pengambilan suplemen zat besi dan multivitamin selepas pembedahan amatlah digalakkan kerana ianya dapat meninggikan tahap hemoglobin dalam nadan kita dengan lebih cepat dan proses penyembuhan akan menjadi leih cepat ini adalah kerana semasa pembedahan, anda akan kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal dan kehilangan darah ini boleh menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh.

      6. Makan pil penahan sakit
      Memang tidak disarankan untuk para ibu mengambil pil penahan sakit ini namun sakit yang keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Untuk itu dapatkanlah  ubat penahan sakit yang sepatutnya  untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.
      7. Menyusu badan secara eksklusif
      Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

      8. Pastikan luka kering dan bersih
      Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu tapi gunalah angin yang sejuk ye jangan yang panas pula nanti rasa sakit pada kesan jahitan tu pulak. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.
      9. Pakai bengkung
      Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

      10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

      Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
      11. Dapatkan bantuan ahli keluarga

      Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.
      Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
      1. Demam berterusan.
      2. Sakit pada tempat luka
      3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
      4. Keluar nanah dari tempat luka
      5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
      6. Keluar air jernih dari tempat luka
      7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
      8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
      Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.okay rasanya sampai di sini sahaja artikel saya kali ini ye..harap-harap artikel ini bermanfaat untuk anda semua…:)
      Wasalam

      Petua Mudah Banyakkan Susu Ibu

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

      Hi mommies..kali ni saya nak share beberapa petua yang boleh banyakkan susu ibu.
      Petua 1
      Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
      Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

      Petua 2
      Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

      Petua 3
      Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

      Apa yang penting mommies kena pastikan minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu anda.
      Selamat Mencuba.
      Wasalam

      Friday 4 November 2016

      5 Tips Melatih Anak Untuk Buat Kerja Rumah

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

      Melatih anak membuat kerja rumah bukan mudah. Mesti puan-puan pening macam mana nak minta dorang tolong buat kerja rumah kan.

      Jadi hari ini saya nak share puan-puan macam mana nak bagi mereka arahan untuk bantu anda buat kerja rumah.



      Ada 5 tips iaitu:

      1. Anak-anak perlu jelas dengan arahan yang diberikan.

      2. Tidak bersikap tolak ansur dengan anak-anak ketika memberi arahan. Contohnya jika mereka memberikan alasan untuk menagguhkan kerja tersebut dengan menonton televisyen, segeralah anda tutup televisyen tersebut. Hal ini supaya mereka tahu yang kita memang bersugguh dalam memberi arahan.



      3. Perlu pemantauan dari kita. Contohnya jika kita minta mereka jemur baju, anda kena pastikan yang mereka lakukan kerja tersebut tanpa lewa. Jangan biarkan mereka tanpa pemantauan.

      4. Berikan sticker, pelukan dan kata-kata penghargaan setiap kali anak-anak berjaya melaksanakan tugasannya. Sekali sekala bawa anak- anak berjalan-jalan sebagai ganjaran atas usaha. Sesibuk mana pun anda, masa bersama anak dengan didikan agar anak mampu menguruskan diri dan membuat kerja rumah perlu diberi perhatian.

      5. Tugasan ikut tahap, anak-anak yang tidak dibiasakan dengan tugasan akan berasa tercabar atau terbeban dengan tugasan kerja rumah yang disediakan untuk mereka. Justeru, mulakan dengan tugasan yang mudah dan boleh dilakukan dan tambahkan setelah mereka mahir.


      Saya harap perkongsian kali ini akan bermanfaat untuk puan-puan.

      Wasalam

      Wednesday 2 November 2016

      4 Manfaat Menjemur Bayi Di Pagi Hari

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

      Kita tahu bahawa sinar matahari pagi sangat baik untuk kesihatan. Sinar pagi ini juga baik untuk kesihatan bayi-bayi kita.

      Sinar matahari pagi ini dapat bantu meningkatkan kesihatan tubuh badan mereka. Salah satunya adalah untuk menurunkan kadar bilirubin yang terlalu tinggi yang menjadi penyebab bayi kuning. 




      Jadi puan-puan boleh bawa bayi anda keluar di pagi hari untuk mendapatkan manfaat sinaran pagi tersebut. Samada ia mitos atau fakta ia terpulang pada puan-puan semua, tapi tak salah pun sebab ia menjadi amalan kita sejak dari dulu.

      Seeloknya jemur bayi sebelum mandi dan jemur dalam masa 10-15 minit sahaja, cukuplah sekadar menghangatkan tubuh bayi anda dan jangan jemur bayi anda secra langsung di bawah matahari.




      Berikut ini beberapa manfaat menjemur bayi anda di pagi hari:

      1. Dapat menurunkan kadar bilirubin dalam darah

      Bayi yang baru dilahirkan memiliki fungsi hati yang belum normal, jadi kadar bilirubin yang dihasilkan dalam darahnya tidak normal (terlalu tinggi). Hal inilah yang membuat bayi yang baru lahir nampak kuning. 

      Kadar bilirubin biasanya akan mengalami kenaikan pada hari ke 3 hingga hari ke-5 selepas bayi dilahirkan dan hal itu akan menurun saat bayi memasuki usia 7 hingga 10 hari. Sinar matahari pagi mengandungi spektrum sinar biru yang dapat membantu memecahkan bilirubin dalam darah sehingga kadar bilirubin kembali normal. 

      2. Jadikan tulang bayi menjadi lebih kuat

      Sinar matahari pagi mengandungi kadar vitamin D yang cukup tinggi. Kita tahu bahawa vitamin D sangat baik untuk tulang, iaitu untuk membantu kalsium agar mudah di serap dalam darah. 

      Menjemur bayi di pagi hari akan menjadikan tulang lebih sihat dan kuat.




      3. Memberikan kesan hangat pada bayi

      Sinar matahari pagi dapat memberikan kehangatan pada bayi yang nantinya bermanfaat untuk mengeluarkan lendir-lendir di leher bayi. Terutama bagi bayi yang berpotensi memiliki gangguan alergi.

      4. Menghindarkan bayi dari stress

      Bayi yang mengalami stress selepas dilahirkan biasanya akan sering menangis dan kadang-kadang berlarutan. 
      Sinar matahari pagi juga dapat melepaskan hormon endorphin atau yang biasa disebut dengan hormon anti-depresi dalam tubuh.  

      Buat Sauna Sendiri Di Rumah

      Assalamualaikum dan salam sejahtera,

      Puan-puan pernah pergi sauna tak? Hmm.. saya tak pernah. Tapi kengkawan cakap, bersauna atau mandi wap ni memang best. Rasa segar dan ringan je badan, tapi dorang yang cakap lah..hehe.




      Bersauna memang baik untuk kesihatan. Tapi kalau nak bersauna di spa kecantikan tu bukan semua orang mampu ye tak. Apa pun kalau ada sesiapa yang teringin untuk bersauna, saya  nak kongsi satu cara yang boleh puan-puan lakukan tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.



      Dan yang bestnye boleh buat kat rumah lagi. Sambil tengok tv pun boleh bersauna.

      Nak sediakan bahan-bahannye sendiri pun boleh, ni saya share campurannye ye.

      Sediakan 10 batang serai, 10 helai daun kunyit dan segenggam bunga melati, resepi nie saya dapat dari salah satu blog. Bagi yang kreatif tu boleh jer pakai bunga-bungaan yang lain, asalkan jangan letak bunga plastik dah lah..hehe..

      Masukkan bahan-bahan tu dalam satu periuk besar. Tambahkan air dan rebus sampai mendidih. Bila dah mendidih dan keluar asap berkepul tu.. tuang air tu dalam baldi.. buat dengan berhati-hati sebab air panas tu kalau terpercik atau terkena kulit, naya lah jawabnye.

      Lepas tu ambil selimut dan selubung seluruh tubuh dengan selimut kat baldi berisi air rebusan tadi. So, dah boleh kira macam sauna lah ni. Semasa berselubung tu wap dari baldi akan meresap ke dalam badan. Ini akan membuatkan badan kita berpeluh dan kaedahnya sama seperti sauna.

      Cubalah bertahan selama mungkin sampai wap panas tu menyejuk. Lepas tu badan kita akan terasa ringan dan lebih segar.

      Saya harap artikel kali ini akan bermanfaat untuk puan-puan.

      Psst: Kalau nak lagi mudah, puan-puan boleh dapatkan rempah ratus tu kat link ni ye >> Herba Sauna<<. Tak perlu lah susah-susah nak pergi cari kan..

      Wasalam.