Wednesday 2 November 2016

4 Manfaat Menjemur Bayi Di Pagi Hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kita tahu bahawa sinar matahari pagi sangat baik untuk kesihatan. Sinar pagi ini juga baik untuk kesihatan bayi-bayi kita.

Sinar matahari pagi ini dapat bantu meningkatkan kesihatan tubuh badan mereka. Salah satunya adalah untuk menurunkan kadar bilirubin yang terlalu tinggi yang menjadi penyebab bayi kuning. 




Jadi puan-puan boleh bawa bayi anda keluar di pagi hari untuk mendapatkan manfaat sinaran pagi tersebut. Samada ia mitos atau fakta ia terpulang pada puan-puan semua, tapi tak salah pun sebab ia menjadi amalan kita sejak dari dulu.

Seeloknya jemur bayi sebelum mandi dan jemur dalam masa 10-15 minit sahaja, cukuplah sekadar menghangatkan tubuh bayi anda dan jangan jemur bayi anda secra langsung di bawah matahari.




Berikut ini beberapa manfaat menjemur bayi anda di pagi hari:

1. Dapat menurunkan kadar bilirubin dalam darah

Bayi yang baru dilahirkan memiliki fungsi hati yang belum normal, jadi kadar bilirubin yang dihasilkan dalam darahnya tidak normal (terlalu tinggi). Hal inilah yang membuat bayi yang baru lahir nampak kuning. 

Kadar bilirubin biasanya akan mengalami kenaikan pada hari ke 3 hingga hari ke-5 selepas bayi dilahirkan dan hal itu akan menurun saat bayi memasuki usia 7 hingga 10 hari. Sinar matahari pagi mengandungi spektrum sinar biru yang dapat membantu memecahkan bilirubin dalam darah sehingga kadar bilirubin kembali normal. 

2. Jadikan tulang bayi menjadi lebih kuat

Sinar matahari pagi mengandungi kadar vitamin D yang cukup tinggi. Kita tahu bahawa vitamin D sangat baik untuk tulang, iaitu untuk membantu kalsium agar mudah di serap dalam darah. 

Menjemur bayi di pagi hari akan menjadikan tulang lebih sihat dan kuat.




3. Memberikan kesan hangat pada bayi

Sinar matahari pagi dapat memberikan kehangatan pada bayi yang nantinya bermanfaat untuk mengeluarkan lendir-lendir di leher bayi. Terutama bagi bayi yang berpotensi memiliki gangguan alergi.

4. Menghindarkan bayi dari stress

Bayi yang mengalami stress selepas dilahirkan biasanya akan sering menangis dan kadang-kadang berlarutan. 
Sinar matahari pagi juga dapat melepaskan hormon endorphin atau yang biasa disebut dengan hormon anti-depresi dalam tubuh.  

No comments:

Post a Comment