Wednesday 2 November 2016

Buat Sauna Sendiri Di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Puan-puan pernah pergi sauna tak? Hmm.. saya tak pernah. Tapi kengkawan cakap, bersauna atau mandi wap ni memang best. Rasa segar dan ringan je badan, tapi dorang yang cakap lah..hehe.




Bersauna memang baik untuk kesihatan. Tapi kalau nak bersauna di spa kecantikan tu bukan semua orang mampu ye tak. Apa pun kalau ada sesiapa yang teringin untuk bersauna, saya  nak kongsi satu cara yang boleh puan-puan lakukan tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.



Dan yang bestnye boleh buat kat rumah lagi. Sambil tengok tv pun boleh bersauna.

Nak sediakan bahan-bahannye sendiri pun boleh, ni saya share campurannye ye.

Sediakan 10 batang serai, 10 helai daun kunyit dan segenggam bunga melati, resepi nie saya dapat dari salah satu blog. Bagi yang kreatif tu boleh jer pakai bunga-bungaan yang lain, asalkan jangan letak bunga plastik dah lah..hehe..

Masukkan bahan-bahan tu dalam satu periuk besar. Tambahkan air dan rebus sampai mendidih. Bila dah mendidih dan keluar asap berkepul tu.. tuang air tu dalam baldi.. buat dengan berhati-hati sebab air panas tu kalau terpercik atau terkena kulit, naya lah jawabnye.

Lepas tu ambil selimut dan selubung seluruh tubuh dengan selimut kat baldi berisi air rebusan tadi. So, dah boleh kira macam sauna lah ni. Semasa berselubung tu wap dari baldi akan meresap ke dalam badan. Ini akan membuatkan badan kita berpeluh dan kaedahnya sama seperti sauna.

Cubalah bertahan selama mungkin sampai wap panas tu menyejuk. Lepas tu badan kita akan terasa ringan dan lebih segar.

Saya harap artikel kali ini akan bermanfaat untuk puan-puan.

Psst: Kalau nak lagi mudah, puan-puan boleh dapatkan rempah ratus tu kat link ni ye >> Herba Sauna<<. Tak perlu lah susah-susah nak pergi cari kan..

Wasalam.

No comments:

Post a Comment