Thursday 20 September 2018

Bolehkah Garam Dan Gula Dicampurkan Dalam Makanan Bayi?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Bayi dari lahir hingga 6 bulan  adalah disarankan menyusu dengan susu ibu. Pemberian susu ibu ini juga boleh disambung sehingga bayi anda berumur 2 tahun atau lebih.

Walaubagaimanapun, bayi perlu diperkenalkan dengan makanan pelengkap selepas genap umurnya 6 bulan.



Hal ini adalah kerana bayi memerlukan nutrisi yang lebih dan dikhuatiri dia tidak akan mendapat nutrisi sepenuhnya jika bergantung pada susu ibu sahaja.

Semasa memperkenalkan makanan pertama kepada bayi anda,adalah penting bagi mereka mengetahui perisa asal makanan itu dan tidak disarankan tambahan garam atau gula dalam penyediaan makanannya.


Bayi yang baru memakan makanan pejal dapat menerima makanan yang disediakan tanpa tambahan perisa.

Garam

Garam yang berlebihan akan membebankan buah pinggang kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan garam yang berlebihan akan meninggikan risiko tekanan darah tinggi bagi kanak-kanak.

Oleh itu, cuba hidangkan makanan yang rendah garam kepada kanak-kanak.

 
 Gula

Pengambilan gula yang berlebihan pula akan menyebabkan kerosakan gigi.
Kalori atau tenaga daripada gula yang berlebihan akan menyebabkan penambahan berat badan.


Adalah lebih bermanfaat memberikan kanak-kanak rasa manis semulajadi contohnya dari buah-buahan dan sayur-sayuran.


Jadi elakkan mencampurkan garam,gula dan perisa tambahan yang lain dalam makanannya.

Wasalam

Wednesday 19 September 2018

Risau tak boleh pakai bengkung kalau bersalin PEMBEDAHAN?


Risau tak boleh pakai bengkung kalau bersalin PEMBEDAHAN?

Saya pun macam puan. Punyalah susah hati sebab kena bersalin cser.

Sedih dan tertekan memikirkan perut akan buncit lepas bersalin pembedahan. Terasa keyakinan diri pun mungkin akan berkurang nanti.

Hinggalah saya jumpa Bengkung Moden. Antara yang saya suka dengan bengkung moden ni:

1. Material lembut dan tidak menekan luka pembedahan.

2. SERAP PELUH, Kain special cotton, pemium quality, tak panas.

3. Boleh dipakai seawal 6 jam selepas pembedahan. Ini yang paling best. Taklah perut rasa nak jatuh dan bergoyang bila berdiri dan berjalan.

4. Support perut agar tidak bergesel dengan luka pembedahan. Nak berdiri dan berjalan pun senang. Taklah kena pegang perut je.

5. Tak ada tulang dan besi. Jadi taklah kena duduk tegak dan keras macam sesetengah korset tu.

6. Tak ada cangkuk. Senang pakai. Hanya tarik kain bengkung dan lekatkan pelekat velcro di mana-mana bahagian luar bengkung. Dan boleh ejas ikut selesa.

7. Kejap di badan - tak mudah berlipat dan bergulung masa pakai.

8. Boleh basuh pakai mesin basuh je. Senang kan?

Bengkung moden ada 2 jenis - yang 4 panel (labuh 12 inci) dan yang 3 panel (labuh 9 inci).

Ada saiz S, M, L dan XL.

Kami boleh tolong rekomen saiz yang sesuai untuk puan.

Boleh juga whatsapp di 019 271 9961

--->> Klik link ini sahaja untuk lebih mudah-->> www.wasap.my/60192719961/bengkung

Kami akan reply dengan segera.
 

Tuesday 18 September 2018

Bengkung Untuk Bersalin Secara Pembedahan

Anda bersalin cser? tak boleh berbengkung?

Eh..sekarang dah boleh lah. Kini Bengkung Moden boleh bantu anda untuk kurus semula walaupun selepas bersalin pembedahan. Boleh d pakai seawal 6 jam, tak sakit sebab material yang lembut boleh support perut anda.

Ada size S,M,L dan XL

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp nura di 0192719961 atau 01128586441

#bengkung
#bengkungmoden
#bengkungbersalin
#bengkungmalaysia

6 Tips Atasi Sukar Tidur Di Awal Kehamilan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Masalah susah tidur ketika hamil boleh bermula seawal trimester pertama lagi. Bagi sesetengah wanita, ia mungkin akan berkurang seiring dengan pertambahan usia kehamilan.



Tapi, sebahagian wanita mengalami masalah tidur yang lebih teruk apabila bayi bertambah besar. Malah, kehadiran simptom-simptom kehamilan yang lain seperti sakit badan, pedih ulu hati, kekejangan kaki dan pelvis, atau kerap terkencing di waktu malam.

Perubahan hormon dan fizikal seringkali disebut-sebut sebagai punca pelbagai ketidakselesaan semasa mengandung.

Mungkin ada wanita yang memikirkan bahawa mereka cuma akan mengalami masalah tidur selepas kehadiran bayi. Tapi, sebenarnya ia boleh bermula sebelum itu lagi.

Apapun, jangan susah hati, berikut adalah beberapa cara mengatasi masalah susah tidur ketika hamil

1. Makan malam lebih awal daripada waktu biasa. Jadi, apabila waktu tidur anda tidak terlalu kekenyangan. Jika lapar sebelum tidur, ambil snek yang boleh mengekalkan rasa kenyang sehingga waktu anda bangun tidur.




2. Amalkan rutin tidur dengan mengurangkan aktiviti lasak dan mulakannya dengan mandi kemudian menyiapkan diri untuk lelapkan mata. Pastikan anda tidur dalam waktu yang sama setiap hari.

3. Jangan bawa pulang kerja pejabat ke rumah. Ia akan menbuatkan anda rungsing dan sukar tidur kerana terlalu asyik membuat kerja pejabat


4. Pastikan diet anda mengandungi zat besi mencukupi. Ini kerana kekurangannya akan membuatkan anda sukar tidur

5. Elakkan kafein yang merupakan penyebab biasa mengapa orang sukar tidur

6. Minumlah segelas susu suam kerana ia mengandungi bahan semulajadi yang boleh membuatkan anda mengantuk.

Wasalam

Tuesday 4 September 2018

Nak Elak Ruam Lampin, Dapatkan 5 Tips Hebat Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan.

Jadi, anda sebagai ibubapa berkemungkinan pada satu masa, membuka lampin bayi anda dan berhadapan dengan punggungnya yang radang merah.

Ia boleh berlaku tak kira samada anda menggunakan lampin yang boleh dibasuh atau lampin pakai buang.
 
1. Elakkan kulit bayi menjadi lembap akibat menggunakan lampin pakai buang/lampin kain yang terlalu lama.
2. Pastikan bayi anda tidak alah kepada bahan yang digunakan dalam lampin pakai buang atau sabun yang di gunakan untuk lampin kain.
3. Salin lampin dengan lebih kerap apabila bayi cirit-birit terutama ketika bayi mula makan makanan pejal.
4. Bila ada ruam, pastikan gunakan losyen atau bedak yang sesuai untuk menjadi lapisan yang melindungi kulit bayi.
5. Bersihkan bayi sebaik-baiknya dengan menggunakan air, wipes atau sabun lembut dan keringkan kulit setiap kali selepas lain lampin sebelum pakaian lampin baru.



Wasalam

Monday 3 September 2018

Anak Cerewet Makan? IbuBapa Kena Tahu Petua Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebagai ibu pasti kita akan risau jika anak kita jenis yang sangat cerewet dalam pengambilan makanannya.



Berikut adalah beberapa petua dan muslihat untuk membantu anda mendidik anak-anak tentang tabiat makan yang lebih baik



1. Sediakan makanan yang sesuai untuk anak
Anda hendaklah menyediakan makanan yang sesuai dengan usianya iaitu dengan membekalkan pelbagai makanan untuk dirasa dan peluang untuk memilih. Dengan cara ini, anak dapat membesar dengan lebih sihat.

2. Pastikan anak makan pada masa yang ditetapkan
Biasakan anak dengan keadaan lapar dan kenyang. Cara ini dapat membantu mereka membina gaya hidup yang teratur lalu mendorong kepada gaya hidup sihat.

3. Biarkan anak menentukan jumlah makanan yang mereka mahu
Berikan anak pilihan untuk menentukan berapa banyak yang mereka mahu makan. Makan sedikit atau tidak makan semasa waktu makan tertentu tidak akan meninggalkan banyak kesan negatif, malah, ini akan merangsang selera anak lantas membaiki masalah cerewet makannya.

4. Makanan enak yang selamat dimakan
Cuba gunakan 7 kategori makanan utama dalam diet anak untuk membekalkan jenis nutrisi yang berbeza. Anda boleh cuba mempelbagaikan jenis makanan pada setiap waktu makan. Anda digalakkan untuk menyediakan dua hingga tiga jenis makanan utama, contohnya, nasi, mi, ikan, daging, telur dan banyak lagi. Dengan memberikan anak dua atau tiga jenis sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk tenusu, anda akan dapat memastikan dietnya seimbang.

5. Anda boleh menjadi kreatif dengan gaya memasak anda
Jangan gunakan bahan yang sama semasa menyediakan makanan untuk anak. Tingkatkan kreativiti anda! Anda boleh menggunakan resipi berlainan dalam masa seminggu dan cuba elakkan memasak hidangan yang sama.

6. Jika anda sendiri tiada tabiat cerewet makan, anda akan menjadi teladan kepada anak anda
Semasa makan bersama anak, jangan tunjukkan sifat memilih makanan di hadapan mereka. Sebaliknya, anda hendaklah memuji dan menggemari bentuk dan rasa makanan itu.

7. Jangan ugut atau paksa anak anda
Tindakan mengugut atau memaksa anak makan makanan yang tidak disukai mereka akan menyebabkan mereka lebih memberontak. Anda tidak boleh mengeruhkan keadaan, malah anda hendaklah menggembirakan hati anak setiap kali makan.

8. Berikan motivasi
Anda boleh mengucapkan kata-kata dorongan kepada anak walaupun anak menunjukkan sedikit perubahan yang baik dalam tabiat makan mereka. Puji mereka dengan pelukan kasih sayang dan bukannya dengan memberikan makanan kegemaran mereka.



Jangan risau dengan keadaan yang bersepah semasa waktu makan. Jangan memarahi atau terus membetulkan kesilapan anak jika mereka membuat sepah di meja makan.

Pakaikan mereka apron atau gunakan mangkuk kecil bagi mengelakkan tumpahan dan pastikan mereka terus berminat untuk menikmati makanan.

Harap artikel ini bermanfaat untuk puan-puan semua.

Wasalam

Sunday 2 September 2018

Kenapa Zat Besi Penting Untuk Perkembangan Bayi Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tahukah anda bayi yang baru lahir akan mendapat zat besi sepenuhnya dari susu ibu.
Tapi bila meningkat 6 bulan, bayi perlukan lebih banyak zat besi.

Oleh itu, mereka perlu dapatkan daripada makanan pejal yang diambil setiap hari.

Antara makanan yang mengandungi zat besi ialah

1. Kekacang
2. Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli
3. Tauhu
4. Ayam
5. Kuning telur
6. Buah-buahan kering spt kismis, prun, kurma dan aprikot
dan banyak lagi.

Wasalam