Monday 3 September 2018

Anak Cerewet Makan? IbuBapa Kena Tahu Petua Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebagai ibu pasti kita akan risau jika anak kita jenis yang sangat cerewet dalam pengambilan makanannya.



Berikut adalah beberapa petua dan muslihat untuk membantu anda mendidik anak-anak tentang tabiat makan yang lebih baik



1. Sediakan makanan yang sesuai untuk anak
Anda hendaklah menyediakan makanan yang sesuai dengan usianya iaitu dengan membekalkan pelbagai makanan untuk dirasa dan peluang untuk memilih. Dengan cara ini, anak dapat membesar dengan lebih sihat.

2. Pastikan anak makan pada masa yang ditetapkan
Biasakan anak dengan keadaan lapar dan kenyang. Cara ini dapat membantu mereka membina gaya hidup yang teratur lalu mendorong kepada gaya hidup sihat.

3. Biarkan anak menentukan jumlah makanan yang mereka mahu
Berikan anak pilihan untuk menentukan berapa banyak yang mereka mahu makan. Makan sedikit atau tidak makan semasa waktu makan tertentu tidak akan meninggalkan banyak kesan negatif, malah, ini akan merangsang selera anak lantas membaiki masalah cerewet makannya.

4. Makanan enak yang selamat dimakan
Cuba gunakan 7 kategori makanan utama dalam diet anak untuk membekalkan jenis nutrisi yang berbeza. Anda boleh cuba mempelbagaikan jenis makanan pada setiap waktu makan. Anda digalakkan untuk menyediakan dua hingga tiga jenis makanan utama, contohnya, nasi, mi, ikan, daging, telur dan banyak lagi. Dengan memberikan anak dua atau tiga jenis sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk tenusu, anda akan dapat memastikan dietnya seimbang.

5. Anda boleh menjadi kreatif dengan gaya memasak anda
Jangan gunakan bahan yang sama semasa menyediakan makanan untuk anak. Tingkatkan kreativiti anda! Anda boleh menggunakan resipi berlainan dalam masa seminggu dan cuba elakkan memasak hidangan yang sama.

6. Jika anda sendiri tiada tabiat cerewet makan, anda akan menjadi teladan kepada anak anda
Semasa makan bersama anak, jangan tunjukkan sifat memilih makanan di hadapan mereka. Sebaliknya, anda hendaklah memuji dan menggemari bentuk dan rasa makanan itu.

7. Jangan ugut atau paksa anak anda
Tindakan mengugut atau memaksa anak makan makanan yang tidak disukai mereka akan menyebabkan mereka lebih memberontak. Anda tidak boleh mengeruhkan keadaan, malah anda hendaklah menggembirakan hati anak setiap kali makan.

8. Berikan motivasi
Anda boleh mengucapkan kata-kata dorongan kepada anak walaupun anak menunjukkan sedikit perubahan yang baik dalam tabiat makan mereka. Puji mereka dengan pelukan kasih sayang dan bukannya dengan memberikan makanan kegemaran mereka.



Jangan risau dengan keadaan yang bersepah semasa waktu makan. Jangan memarahi atau terus membetulkan kesilapan anak jika mereka membuat sepah di meja makan.

Pakaikan mereka apron atau gunakan mangkuk kecil bagi mengelakkan tumpahan dan pastikan mereka terus berminat untuk menikmati makanan.

Harap artikel ini bermanfaat untuk puan-puan semua.

Wasalam

No comments:

Post a Comment