Cara-cara memakai Bengkung Moden
Ada 2 cara untuk memakai bengkung moden ini
CARA 1
~ Dipakai lepas bersalin dan sewaktu di dalam tempoh pantang ~
 |
Langkah 1
- Letakkan Bengkung Moden di atas katil atau tempat untuk anda berbaring untuk memakai bengkung.
- Bahagian dalam bengkung hendaklah diletakkan ke atas. Kemudian susun tisu di atas Bengkung Moden seperti gambar disebelah.
|
 |
Langkah 2
- Kemudian sapukan ubat pengempis perut / campuran kapur & limau nipis di sekeliling perut, pinggang dan belakang.
- Selepas itu, baringkan badan anda di atas Bengkung Moden yang telah disusun tisu seperti gambar di atas.
- Naikkan lutut anda seperti didalam gambar. Tujuannya adalah untuk mengangkat peranakan.
- Diikuti dengan menyusun tisu diatas perut dan ditempat yang telah dibedah sebagai lapik bahagian atas bagi mengelakkan ubat dari melekat di bengkung dan juga agar bengkung sentiasa bersih. Tisu juga akan membantu agar tempat yang telah dibedah sentiasa kering.
|
 |
Langkah 3
- Selepas itu, tarik Bengkung Moden dan kemaskan kebadan anda seperti gambar disebelah.
|
 |
Langkah 4
- Sila ubah kekemasan Bengkung Moden mengikut keselesaan anda.
|
 |
Langkah 5
- Setelah selesai, bolehlah anda bangun dan berdiri.
|
.
Bagi luka cesarean, selepas mandi pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering.Kalau ingin gunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
Dr Khairiah bt Seman (Pakar Perunding O&G Pusat Bersalin Barakah, Klang)
Dipetik dari Majalah Pa&Ma (keluaran Mac 2009)
.
CARA 2
~ Selepas habis tempoh berpantang ~
~ Boleh juga dipraktikkan selepas kembali bekerja ~
~ Mereka yang ingin mengempiskan perut ~
 |
Langkah 1
- Lipatkan bahagian atas bengkung kedalam seperti gambar disebelah.
- Tujuannya agar bengkung ini tidak terlalu labuh dan menyukarkan anda bergerak sekiranya dipakai sewaktu hari bekerja.
|
 |
Langkah 2
- Selepas itu, bolehlah anda lilitkan Bengkung Moden sepeti gambar diatas atau boleh juga mengikut langkah memakai bengkung dengan cara berbaring seperti di Cara 1
|
 |
Langkah 3
- Taraaa…Inilah hasilnya. Bengkung Moden yang lebarnya telah dikurangkan dengan cara melipat sedikit bahagian atas bengkung kedalam. Dan yang pasti, ia tetap kejap dibadan anda dan tidak mudah bergulung atau berlipat
|
No comments:
Post a Comment