Wednesday, 16 November 2016

3 Petua Mudah Untuk Kempiskan Perut

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap wanita pasti mengimpikan untuk memiliki perut yang kempis. Namun bila kita kurang bersenam atau suka melewatkan waktu makan malam, pasti akan memberi kesan pada perut. 

Kebiasaannya lemak paling cepat berkumpul di bahagian perut dan akan menyebabkan perut kelihatan agak buncit.

Tetapi jangan fikir wanita yang berbadan gempal sahaja ada masalah perut tidak langsing, sebaliknya ramai juga wanita yang kurus mempunyai masalah perut buncit.

Setiap masalah pasti ada cara untuk mengatasinya, begitu juga dengan masalah perut buncit. Di bawah ini saya nak kongsikan beberapa Petua Mudah Untuk Kempiskan Perut.

1) Limau Nipis 
Ambil sebiji limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam mangkuk. Tambah sedikit kapur sirih kedalam jus limau nipis. Sapukan ke bahagian perut. Kemudian ambil sehelai bengkung dan balut perut. Amalkan setiap malam sebelum tidur.




2) Asam Jawa 
Bancuh segelas air asam jawa. Biarkan semalaman. Bila bangun keesokan pagi, minum air asam jawa tersebut. Amalkan sehingga perut kembali langsing.




3) Daun Lidah Buaya
Didihkan daun lidah buaya dan air asam jawa di atas api sehingga pekat. Selepas itu tutup api dan biarkan campuran itu sejuk sendiri. Setelah itu lumurkan campuran tersebut ke perut.




Mudah-mudahan tiga petua mudah ini dapat membantu puan-puan untuk mendapatkan perut yang langsing. Selain itu puan-puan boleh juga amalkan meminum air detox.

Namun senaman perlu diteruskan. Jika ada masalah perut buncit, lebihkan senaman untuk bahagian perut contohnya buat sit up. 

Selain itu amalkan pemakanan yang sihat, kurangkan makanan berminyak, minuman berkarbonat dan awalkan waktu makan malam.

Selamat mencuba.

Tuesday, 15 November 2016

Amalkan 5 Tips Ini Untuk Kuruskan Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai yang mengadu pada saya dah diet pun tak kurus-kurus..hehe.

Saya pun sama juga, kadang-kadang tu sampai tak makan sebab nak turunkan berat badan tapi hasilnya tak memberangsangkan pun.

Untuk menurunkan berat badan memang kena kawal pemakanan dan perlu rajin bersenam namun kalau cara berdiet yang diamalkan itu salah, memang sukar la nak turunkan berat badan.

Jadi saya pun buat research, rupanya salah cara tu. Jadi kali ni saya nak sharekan 5 tips yang boleh di amalkan untuk kuruskan badan ye.

Jika ada antara anda yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan tetapi menghadapi kesukaran, 

Apa kata anda cuba amalkan 5 tips ini untuk kuruskan badan.

1) Amalkan Minum 8 Gelas Air Suam Setiap Hari 

Amalan meminum air dengan kuantiti yang lebih dari biasa boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Setiap kali sebelum mengambil makanan yang berat, amalkan minum segelas air terlebih dahulu supaya anda akan cepat kenyang dan tidak akan makan banyak. 



2) Kerap Minum Air Limau/Lemon 

Anda juga boleh amalkan minum air masam seperti air limau, lemon dan oren dapat menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Seeloknya minum segelas air limau (kurangkan gula) setiap kali selepas anda makan makanan yang berlemak atau berminyak.



3) Hentikan Pengambilan Minuman Bergas (Minuman Berkarbonat) 

Minuman berkarbonat sangat tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis tetapi juga mengakibatkan peningkatan berat badan.



4) Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Seharian 

Jika ingin menurunkan berat badan, perkara pertama yang perlu dikurangkan adalah pengambilan karbohidrat dan gula. Sebaliknya lebihkan pengambilan protein. Silap orang yang berdiet selalunya adalah menahan lapar. Bila dah tak tahan lapar, semua jenis makanan yang ada di depan mata, akan dimakan tanpa memikirkan soal kalori lagi.



5) Lebihkan Pengambilan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

Bila nak kurangkan berat badan, kena lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya sayur hijau. Bila waktu makan, kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan.



Mudah-mudahan 5 amalan pemakanan yang sihat yang dikongsikan di atas ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal. 

Apa yang penting ialah anda perlu konsisten mengamalkannya.

Wasalam.