Wednesday, 26 October 2016

7 Sebab Anak Menangis Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Bagi yang baru bergelar ibu bapa masih belum tahu sangat tentang bab penjagaan bayi ini. Kadang -kadang bila dengar anak anda menangis mesti akan terus gelabah kan, macam-macam yang terfikir sakit ke? lapar ke? dan kadang-kadang tu cepat-cepat trus call mak..hehehe.
Kalau anda nak tahu, menangis adalah cara bayi anda untuk berkomunikasi dengan anda. Ia merupakan cara mereka meluahkan perasaan, jadi penting anda faham cara tangisannya.

Jadi kali ni saya nak kongsikan sebab anak suka menangis..yang penting perhatikan perubahan anak anda. Jika tangisan tu lama, refer lah pada doktor ye.
Sebab 1. Saya Lapar
Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar dan dahaga. Biasanya bayi akan menangis berulang-ulang menandakan ia lapar. 
Cara mengatasi :  Pastikan bayi anda mendapat susu yang secukupnya.
Sebab 2. Saya Basah
Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Rajin-rajinlah periksa lampin bayi dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Tangisan bayi biasanya perlahan pada mulanya, dan semakin kuat agar mendapat perhatian ibu dan ayah. Bayi akan mengeliat tanda tidak selesa.
Cara Mengatasi : Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.
Sebab 3. Faktor Persekitaran
Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising boleh menyebabkan bayi menangis kerana mereka perlukan ketenangan. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk juga boleh mengganggu keselesaan bayi.
Cara Mengatasi : Sediakan satu bilik yang selesa bagi bayi. Kadang-kadang bayi juga perlukan persekitaran yang sunyi dan membuatkan mereka selesa.
Sebab 4. Jatuh
Ada sesetengah ibubapa yang gemar menidurkan bayi di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika ibu dan ayah sedang tidur. Bayi boleh terjatuh dari buaian dan menangis. Bayi yang tidur lasak memang mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika bayi dibiarkan tidur sendirian.
Cara Mengatasi : Jangan biasakan bayi anda tidur di dalam buaian ketika anda juga hendak tidur. Takut-takut anda tidak mendengar tangisan mereka. Bawalah mereka tidur di sebelah anda.
bayi jatuh dan menangis
Sebab 5. Perut Rasa Tak Selesa
Masalah kembung perut ni juga dikenali sebagai kolik iaitu menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. Semua bayi akan menangis jika ia merasa sakit atau tak selesa. Tangisan bayi yang sakit perut ialah bernada tinggi , hampir seperti jeritan, mereka akan termengah-mengah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi.
Cara Mengatasi : Urut bahagian perut dengan lembut dengan menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuh bayi.
Sebab 6. Saya Nak Bermain
Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau cepat rasa bosan dengan satu aktiviti sahaja. Tangisan mereka untuk menarik perhatian ibu dan ayah si kecil. Bayi senang bergaul dan sentiasa ingin ibu dan ayah di sisi mereka. Tangisan mereka terdengar seperti menyedihkan dan seakan-akan marah.
Cara Mengatasi : Luangkan masa bersama bayi anda sehingga mereka tenang. Mempelbagaikan aktiviti seperti menyanyi atau dibawa bersiar-siar.
Sebab 7. Saya Penat
Bayi akan menangis jika merasa penat . Bayi akan merengek sambil kepala terangguk-angguk dan melihat anda.
Cara Mengatasi : Dukung bayi anda sehingga dia terlelap di lengan dan barulah di letak di katil tidurnya.
Jadi ini lah antara sebab kenapa bayi anda sering menangis..hehehe..
Sampai sini dulu artikel saya kali ini ye.Harap artikel ini bermanfaat untuk puan-puan.
Wasalam.

5 Tips Bercerai Lampin Yang Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agaknye kan pasti ibu bapa pening memikirkan bila masanya untuk stop kan pemakaian lampin pada anak anda.
Untuk pengetahuan anda takde masa yang spesifik untuk bercerai lampin. Tapi masa yang paling sesuai adalah sekitar 3 tahun.
Apa yang menyukarkan proses ini adalah sebabanak-anak kita masih kencing malam. Mengasuh mereka untuk tak kencing malam akan mengambil masa sedikit.
Kebanyakkan mereka akan berhenti kencing malam apabila berumur 5 tahun namun hanya segelintir sahaja yang masih bermasalah.
Anda boleh juga mulakan dengan berkomunikasi dengan anak anda, contohnya seperti “Adik dah besar kan, adik dah tak boleh terkencing atas tilam pada waktu malan. kalau adik rasa nak kencing, cepat-cepat pergi tandas ye”.
Anda juga kena peka terhadap perubahan anak-anak anda. Mulakan langkah secara berperingkat. Anda akan tahu anak anda dah bersedia untuk berhenti menggunakan lampin apabila mereka dah kurang terkencing malam.
okay selain itu ada 5 tips yang boleh anda buat:
1. Lapikkan cadar kalis air pada tilam anak anda, untuk persediaan jika anak anda terkencing atas tilam.
2. Pastikan anak anda dah pergi ke tandas dulu sebelum tidur, anda juga kena pastikan yang dia mudah nak ke tandas jika dia nak ke tandas. Anda juga boleh sediakan tandas mudah alih (potty) berdekatan dengan katilnya bagi memudahkan anak anda segera untuk sampai ke tandas.
3. Untuk permulaan, kurangkan anak anda untuk minum sebelum tidur dalam kuantiti yang banyak.
4. Jika anak anda masih memerlukan lampin, gunakan lampin sarung yang mudah pakai untuk mengalakkannya berdikari.
5. Bila anak anda berjaya tak kencing malam, berikan pujian pada mereka. Anda juga boleh berikan ganjaran kepada merekasebagai galakan untuk anak anda tak kencing malam. Bagaimanapun jika mereka masih kencing malam, jangan marah mereka atau malukan mereka di hadapan keluarga yang lain.
Saya harap tips-tips ni akan membantu puan semua dalam proses bercerai lampin.
Wasalam.