Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada banyak cara serta tips yang boleh kita amalkan untuk dapatkan perut yang langsing dan kempis. Jadi hari ni saya nak share beberapa petua lagi yang menggunakan bahan-bahan semulajadi jadi tak perlu risau ada side effect atau tak..:)
Cara 1
Campuran Kapur Sireh + Minyak kayu Putih + Limau Nipis
-Ambil kapur sireh dan minyak kayu putih satu sudu teh dan campurkan dengan limau nipis sayu sudu makan.
Gaulkan ketiga-tiga bahan ini hingga sebati. Kemudian sapukan di bahagian perut.
- Bila ramuan tersebut terasa dah kering barulah pakai korset atau bengkung.
- Ulangi langkah ini sehingga anda nampak kesannye ye.
Cara 2
Campuran teh dengan limau nipis
- Sediakan teh tanpa gula dan tambahkan limau nipis secukupnya. Amalkan setiap pagi
Cara 3
Amalkan meminum teh hijau
Ramai yang tidak tahu yang teh hijau akan buat anda berasa kenyang.Ambil lah teh hijau setiap kali nak tidur dan pada waktu pagi.
Selain dari tiga cara ini ada 5 tips yang boleh puan-puan amalkan untuk pastikan anda berjaya untuk turunkan berat badan.
1) Jangan minum air putih atau ambil dalam kadar sedikit setiap kali selepas makan
2) Jangan terus tidur selepas makan malam, sekurang-kurangnya 4 jam untuk badan anda proses makanan yang anda makan
3) Usahakan untuk tidak tinggalkan sarapan pagi, walaupun dengan buah-buahan
4) Jangan makan terlalu cepat. Kunyahlah makanan anda sebanyak yang mungkin sebelum anda telan
5) Jalani kehidupan yang lebih aktif contohnya kalau anda tinggal di flat pilihlah untuk naik tangga dari naik lif.
Hah, kan mudah langkah-langkah ni yang penting kena usaha dan displin. Kita kena sabar untuk tunggu kesannye tau..:)
Nanti saya share lagi tips-tips yang mudah untuk di amalkan ye.
Monday, 9 January 2017
Wednesday, 7 December 2016
7 Tips Penjagaan Rahim Yang Perlu Anda Tahu
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Berurut
Pergilah berurut untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan rahim.
2. Bertungku
Selalu bertungku, dibahagian rahim tolak perlahan naik ke atas. Bertungku sama ada moden atau tradisional.
3. Berpantang
Jaga pemakanan walaupun dah lepas habis berpantang. atau anak-anak dah besar. Elakkan makanan sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan yang segar, air suam dan pemakanan seimbang.
4. Makan Jamu atau Supplement
Bagi wanita lepas bersalin, digalakkan makan jamu untuk jaga peranakan dan kesihatan organ dalaman wanita. Yang pasti pilih yang halal dan disahkan oleh KKM.
5. Elakkan Angkat Benda Berat
Elakkan buat aktiviti lasak dan angkat benda berat. Biasa lepas bersalin rahim memang mudah turun... sebab otot rahim lemah sebab urat sekeliling tu dah mengembang masa mengandung. Jadi, kalau baru setahun dua tu, rasa badan dah sihat pun, elakkan angkat benda berat walaupun dukung anak. Bagi en.somi je la yang dukung jika waktu dia ada... jika waktu dia tiada boleh guna stroller... Nak dukung boleh tapi bukan waktu yang lama dan kerap.
6. Buat Senaman Menaikkan Rahim
Boleh buat senaman untuk menaikkan rahim seperti senam kegel, Ia juga baik untuk merapatkan kembali bahagian intim kita.Boleh try search kat youtube ye cara senaman ini.
7. Pakai bengkung.
Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim. Pilih lah bengkung yang boleh tahan lama dan selesa. Jadi anda boleh terus berbengkung walaupun dah habis berpantang. Pilih lah Bengkung Moden yang memang selesa dan boleh dipakai walaupun selepas tempoh berpantang atau waktu bekerja.
Saya harap 7 tips ini akan membantu puan-puan dalam penjagaan rahim.
Wasalam
Kali ini saya nak share 7 tips bagaimana nak jaga untuk memastikan rahim kita dalam keadaan yang sihat, especially pada mereka yang pernah bersalin.
Rahim adalah antara organ wanita yang paling penting untuk dijaga semasa dalam pantang. Selepas melahirkan anak, rahim masih dalam keadaan mengembang dan kesihatan ibu masa itu memang sangat lemah
1. Berurut
Pergilah berurut untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan rahim.
2. Bertungku
Selalu bertungku, dibahagian rahim tolak perlahan naik ke atas. Bertungku sama ada moden atau tradisional.
3. Berpantang
Jaga pemakanan walaupun dah lepas habis berpantang. atau anak-anak dah besar. Elakkan makanan sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan yang segar, air suam dan pemakanan seimbang.
4. Makan Jamu atau Supplement
Bagi wanita lepas bersalin, digalakkan makan jamu untuk jaga peranakan dan kesihatan organ dalaman wanita. Yang pasti pilih yang halal dan disahkan oleh KKM.
5. Elakkan Angkat Benda Berat
Elakkan buat aktiviti lasak dan angkat benda berat. Biasa lepas bersalin rahim memang mudah turun... sebab otot rahim lemah sebab urat sekeliling tu dah mengembang masa mengandung. Jadi, kalau baru setahun dua tu, rasa badan dah sihat pun, elakkan angkat benda berat walaupun dukung anak. Bagi en.somi je la yang dukung jika waktu dia ada... jika waktu dia tiada boleh guna stroller... Nak dukung boleh tapi bukan waktu yang lama dan kerap.
6. Buat Senaman Menaikkan Rahim
Boleh buat senaman untuk menaikkan rahim seperti senam kegel, Ia juga baik untuk merapatkan kembali bahagian intim kita.Boleh try search kat youtube ye cara senaman ini.
7. Pakai bengkung.
Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim. Pilih lah bengkung yang boleh tahan lama dan selesa. Jadi anda boleh terus berbengkung walaupun dah habis berpantang. Pilih lah Bengkung Moden yang memang selesa dan boleh dipakai walaupun selepas tempoh berpantang atau waktu bekerja.
Saya harap 7 tips ini akan membantu puan-puan dalam penjagaan rahim.
Wasalam
Subscribe to:
Posts (Atom)










