Monday 9 January 2017

3 + 5 Cara Alami Agar Perut Lebih Langsing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada banyak cara serta tips yang boleh kita amalkan untuk dapatkan perut yang langsing dan kempis. Jadi hari ni saya nak share beberapa petua lagi yang menggunakan bahan-bahan semulajadi jadi tak perlu risau ada side effect atau tak..:)





Cara 1
Campuran Kapur Sireh + Minyak kayu Putih + Limau Nipis




-Ambil kapur sireh dan minyak kayu putih satu sudu teh dan campurkan dengan limau nipis sayu sudu makan.
Gaulkan ketiga-tiga bahan ini hingga sebati. Kemudian sapukan di bahagian perut.

- Bila ramuan tersebut terasa dah kering barulah pakai korset atau bengkung.

- Ulangi langkah ini sehingga anda nampak kesannye ye.

Cara 2
Campuran teh dengan limau nipis




- Sediakan teh tanpa gula dan tambahkan limau nipis secukupnya. Amalkan setiap pagi

Cara 3
Amalkan meminum teh hijau





Ramai yang tidak tahu yang teh hijau akan buat anda berasa kenyang.Ambil lah teh hijau setiap kali nak tidur dan pada waktu pagi.

Selain dari tiga cara ini ada 5 tips yang boleh puan-puan amalkan untuk pastikan anda berjaya untuk turunkan berat badan.

1) Jangan minum air putih atau ambil dalam kadar sedikit setiap kali selepas makan
2) Jangan terus tidur selepas makan malam, sekurang-kurangnya 4 jam untuk badan anda proses makanan yang anda makan
3) Usahakan untuk tidak tinggalkan sarapan pagi, walaupun dengan buah-buahan
4) Jangan makan terlalu cepat. Kunyahlah makanan anda sebanyak yang mungkin sebelum anda telan
5) Jalani kehidupan yang lebih aktif contohnya kalau anda tinggal di flat pilihlah untuk naik tangga dari naik lif.

Hah, kan mudah langkah-langkah ni yang penting kena usaha dan displin. Kita kena sabar untuk tunggu kesannye tau..:)

Nanti saya share lagi tips-tips yang mudah untuk di amalkan ye.

No comments:

Post a Comment