Tuesday 24 January 2017

Manfaat Ambil 6 Buah Ini Ketika Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu hamil disarankan untuk mengamalkan pengambilan buah-buahan sebab vitamin dan mineral yang terkandung dalam buah, akan mampu melengkapi nutrisi bagi ibu hamil dalam menjaga kesihatan tubuh dan bayi dalam kandungannya.

Berikut merupakan beberapa jenis buah yang boleh di ambil oleh ibu hamil.

1. Buah Pisang

Pisang dikatagorikan ke dalam salah satu buah yang baik untuk ibu hamil kerana kandungan kalium yang dapat bermanfaat bagi meredakan masalah susah buang air besar (sembelit) yang biasanya menyerang di awal kehamilan trimester pertama.

Selain itu, pisang juga dapat memberikansumber vitamin B, vitamin C, dan serat.  Vitamin B6 berguna untuk mengatasi anemia, vitamin C berguna untuk meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit dan radikal bebas, dan serat  berguna untuk memperbaiki sistem pencernan ibu hamil yang bermasalah.




2. Buah Avocado
Berbeza dengan pisang, avocado dikategorikan ke dalam salah satu buah yang baik untuk ibu hamil adalah kerana kandungan vitamin B6-nya. Vitamin B6 atau disebut asid folat, dapat mengatasi masalah mual dan morning sickness yang biasa di alami oleh ibu hamil di awal masa kehamilannya.




Buah ini juga dapat digunakan dalam menjaga kestabilan gula darah bagi ibu hamil yang menderita diabetes. Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan risiko bayi lahir cacat seperti spina bifida. 

3. Buah Ceri
Buah ceri bermanfaat untuk ibu hamil kerana kandungannya dapat membantu untuk melancarkan pengaliran darah ke otak, mencegah kanser, mencegah penuaan dan anti radang.




4. Buah Betik
Vitamin A dan C yang terkandung dalam buah ini sangat baik untuk ibu hamil. Vitamin A berguna untuk meningkatkan kesihatan mata dan vitamin C berguna untuk mencegah panas dalam. Betik juga dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit.



5. Buah Kurma
Kurma menjadi salah satu buah yang baik untuk ibu hamil menurut Islam karena kandungan gulanya yang mencapai lebih dari 70%. Gula yang terdapat dalam buah kurma tidak menyebabkan masalah berat badan dan diabetes. Ia berguna untuk menambah tenaga ibu hamil. Buah kurma juga mengandungi berbagai nutrisi penting lainnya seperti zat besi yang dapat meredakan masalah anemia, kalium yang berguna untuk mengatasi sembelit, dan asid folat.




6. Buah Delima
Delima sangat baik untuk ibu hamil, sebab ia mengandungi nutrisi seperti kalsium, folat, zat besi, protein dan vitamin c.



Ini antara buah-buahan yang baik untuk di amalkan oleh ibu hamil bukan sahaja ia sedap malah ia juga baik untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan anda.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment