Thursday, 10 November 2016

Pilih Mainan Yang Selamat Untuk Anak Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nak pilih mainan untuk anak anda memang kena teliti sikit, sebab kita tak tahu samada mainan itu selamat atau pun tak.

Antara tips yang diberikan untuk memilih permainan yang selamat terutama bagi bayi dan kanak-kanak dibawah umur 3 tahun ialah :

  • Pastikan mainan yang dibeli tidak mudah tanggal dan patah terutama dari kesan hentakan dan tarikan. Periksa bahagian mainan seperti hidung, mata (bagi anak patung atau teddy bear) dan bahagian yang bercantum dilekatkan dengan kuat dan tidak mudah tanggal.
  • Elakkan dari memberikan bayi mainan yang bertali. Anda boleh bayangkan sendiri kalau tali tu terbelit kat leher atau tangan bayi…hhhmmm…
  • Elakkan dari membeli mainan yang dibuat dari plastik yang nipis kerana ia mudah patah dan pecah. Biasanya mainan macam ni bila dah patah, bahagian yang patah tu tajam dan boleh melukakan bayi.
    • Jika anda membeli mainan yang boleh dipicit atau ditekan untuk mengeluarkan bunyi, pastikan ia lebih besar dari mulut bayi anda. Almaklumlah budak-budak suka masukkan barang dalam mulut. Kalau mainan tu besar payah lah dia nak sumbat dalam mulut.
      • Akhir sekali, jangan biarkan bayi bermain sendirian. Pastikan ada orang dewasa disisi bayi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.

      Wasalam

      Wednesday, 9 November 2016

      Cara Bedung Bayi Dengan Betul

      Assalamualaikum dan salam sejahtera,

      Semasa di dalam rahim ibu, bayi sentiasa berasa selesa dan selamat. Mereka sentiasa rasa seperti dipeluk. Apabila mereka lahir, berlaku perubahan suasana sekeliling. Oleh itu, membedung bayi adalah bertujuan untuk mengelakkan bayi berasa terkejut dengan perubahan sekelilingnya.

      Membedung ialah kaedah zaman dahulu di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya merasa selamat dan terjaga.



      Membedung bayi boleh mengelakkannya daripada dia terganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri. Anda mungkin pernah nampak bayi anda tersentak-sentak kecil ketika dia tidur. Sentakan badan ini adalah refleks sentakan (kejutan hipnagogik) dan ia adalah normal. 

      Bedung juga boleh membantu menenangkan bayi untuk tidur dan mengekalkan suhu badan bayi. Pastikan muka dan kepalanya tidak tertutup supaya dia boleh bernafas dengan mudah dan tidak terlalu panas. 

      Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi. 

      Beginilah cara membedung bayi. 

      Langkah 1 
      Letakkan sehelai kain benang kapas atas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.



      Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.Tarik sudut terdekat dengan tangan kirinya, sambil menutupi badannya. 

      Langkah 2

      Masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.




      Langkah 3
      Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya. 




      Langkah 4
      Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di  sebelah kiri.
      Sesetengah bayi lebih suka tangannya bebas bergerak. Dalam keadaan ini, anda boleh membedung bayi di bawah ketiaknya.


      Anda boleh membedung bayi anda sehingga dia berusia satu bulan. Selepas usia ini, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya. 

      Apabila bayi anda mula menendang selimutnya, ini adalah tanda bahawa dia sudah tidak suka dibungkus dengan kemas!

      Selamat berbedung bayi.

      Wasalam

      kredit gambar dari cara membedung bayi